Thursday, 4 October 2018

KELULUT DAMAR - TIANG LIDI

Assalamualaikum w.b.t.
Masih berkisahkan kelulut damar. Ramai di kalangan mereka di luar sana yang ingin menternak kelulut daripada spesies damar, dan masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk menternak mereka. Kisah kali ini adalah sedikit perkongsian beberapa tahun yang lalu mengenai tingkah laku semulajadi kelulut yang perlu kita fahami. Lihatlah dimana baik dan buruknya, sama-sama kita menilai. 

Kelulut damar lazimnya akan membuat tiang dari atas ke bawah lantai topping

Kelulut damar lazimnya akan membuat struktur tiang madu terlebih dahulu sebelum mula menghasilkan kantung madu samada untuk diisi dengan madu atau roti lebah (beebread). Struktur asas inilah yang diperlukan untuk membentuk sesebuah koloni yang kuat dan mampu bertahan lama. Apabila mereka di ternak di kawasan kampung, mulalah para penternak kreatif untuk mencipta pelbagai inovasi bagi 'mempertahankan' ideologi bahawa kelulut damar boleh diternak di kawasan bukan hutan. Ada yang menggunakan campuran minyak dan tahi keruing, ada yang mencipta larutan istimewa, ada yang menggunakan lapisan involkrum tiruan, dan tidak ketinggalan ada yang menggunakan tiang tiruan bagi membantu kelulut ini membina struktur asas mereka. Tapi sedarkah, sebenarnya kelulut damar ini semestinya 'wajib' di ternak di kawasan hutan dipterokarpa yang banyak sumber damar. 

Tidak ketinggalan untuk melakukan sedikit ujikaji, menggunakan lidi sebagai struktur tambahan tiang kantung madu. Tiang yang diperbuat darpada lidi dengan jarak 1inci X 1inci antara satu sama lain, dan berketinggian 6-8 inci setiap satu. Topping yang digunakan adalah topping jenis terbuka, yang mana hanya sekeping papan digunakakn dan dilekatkan lidi,kemudian di letakkan di atas topping (tiada plastik penutup digunakan).

Jarak antara lidi sokongan kantung madu = 1.0 inci
Gambar di bawah adalah perbezaan hasil menggunakan tiang lidi dan juga tanpa menggunakan tiang lidi. Kelulut lebih memilih untuk menghasilkan madu yang banyak dan aktif menggunakan tiang yang di hasilkan mereka sendiri berbanding tiang buatan. 

Struktur tiang yang dihasilkan secara semulajadi tanpa apa-apa sokongan
Struktur tiang yang dibantu dengan susunan lidi 

Mungkin 
dengan meletakkan lidi sebagai struktur tiang tambahan bukanlah cara terbaik. Kita lihat apa yang kelulut lakukan jika lidi di atas dibuang, dan hanya bahagian hujung lidi ditinggalkan sedikit sahaja (1/4 inci). Aturan tiang yang dibina jauh lebih teratur dan cantik. Susunan inilah yang akan memudahkan kelulut untuk membuat kantung madu dengan teratur dan memudahkan tuaian madu pada musimnya nanti. 

Susunan tiang damar yang cantik dan teratur
Hanya sedikit bahagian lidi ditinggalkan untuk asas tiang kantung madu

Dengan sedikit perkongsian ini, semoga dapat serba sedikit membantu mereka yang ingin memulakan ternakan kelulut spesies damar. Keputusan dan pilihan adalah di tangan masing-masing. Letakkan keperluan asas mereka sebagai nombor 1, InshaAllah hasilnya lumayan walaupun pada hakikatnya menternak kelulut spesies damar adalah lebih mencabar daripada kelulut jenis getah. 

Koloni kelulut spesies T.apicalis membuat struktur madu di tiang damar
Tiang damar tersusun rapi , di buat oleh kelulut secara semulajadi

------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------

Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. 
Madu kelulut (damar)
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan  damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.

Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar, 
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia. 
Yakini dan amalkan.

Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00

"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"

*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,

Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan 
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.


------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------