Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai seorang penternak kelulut, ramai yang berkemungkinan pernah mengalami situasi di mana kelulut tidak mampu menghasilkan struktur kantung madu, sekalipun sudah bertahun lamanya sesebuah koloni itu ditempatkan di suatu lokasi. Khususnya kepada spesies kelulut yang menggunakan sumber damar sebagai struktur binaan asas sesebuah koloni.
Sebagai seorang penternak kelulut, ramai yang berkemungkinan pernah mengalami situasi di mana kelulut tidak mampu menghasilkan struktur kantung madu, sekalipun sudah bertahun lamanya sesebuah koloni itu ditempatkan di suatu lokasi. Khususnya kepada spesies kelulut yang menggunakan sumber damar sebagai struktur binaan asas sesebuah koloni.
Struktur kantung yang lembut menyebabkan madu tidak dapat di hasilkan koloni |
Struktur propolis yang tidak mencukupi sebagai bahan asas pembinaan sarang |
Tetapi, tahukah kenapa kelulut ini tidak mampu menghasilkan struktur asas kantung madu? Ini disebabkakn ketiadaan bahan asas yang diperlukan untuk membina tiang dan kantung madu. Apatah lagi pengusaha mengidamkan madu yang lumayan. Tidak mudah untuk menternak kelulut, tapi tidak mustahil jika anda fahami mereka.
Topping kelulut damar yang diternak di kampung tanpa sumber damar berdekatan |
Jika anda mengidamkan ternakan kelulut yang sihat dan madu kelulut yang banyak, sila ambil kira beberapa aspek yang bakal saya huraikan di bawah, khusus kepada spesies damar. Spesies yang mana 'wajib' di ternak berdekatan dengan hutan dipterokarpa. Segala perkongsian adalah hasil pemerhatian dan rekod peribadi. Tiada kaitan dan kepentingan dengan mana-mana pihak.
1) Analisa 'plot' ternakan kelulut
1.1. Jarak plot ternakan mestilah tidak melebihi 1 km daripada hutan.
* Sebagai seorang penternak kelulut, sudah tentu faktor sumber keperluan asas kelulut seperti resin, nektar, mineral dan lain-lain perlu diberikan perhatian. Keperluan yang mencukupi dapat memastikan kelansungan hidup sesebuah koloni untuk jangka masa yang panjang sekaligus memastikan penghasilan madu yang banyak dan berkualiti. Oleh itu, untuk mereka yang menternak kelulut daripada spesies damar, jarak plot ternakan mestilah kurang daripada 1 km dari hutan dipterokarpa. Harus di ingat, semakin dekat dengan sumber damar, semakin baik perkembangan koloni dan semakin cepat penghasilan struktur dalaman sesebuah koloni.
Jarak ternakan kelulut tidak boleh melebihi 1km dari hutan dipterokarpa |
1.2. Radius kawasan ternakan sebaiknya 100% melingkupi kepadatan pokok hijau.
* Kepadatan pokok adalah satu aspek yang penting kerana pokok adalah punca bagi keperluan utama kelulut seperti resin dan nektar. Kepadatan pokok yang tinggi memastikan kelulut pekerja mampu mencari sumber keperluan dengan mudah dan mengurangkan risiko kematian disebabkan ancaman-ancaman lain seperti di sambar burung dan lain-lain.
Kepadatan hutan dipterokarpa 100% mengelilingi plot ternakan |
Kepadatan hutan dipterokarpa 50% mengelilingi plot ternakan |
1.3. Radius kawasan ternakan 50% hutan dipterokarpa, 50% hutan akasia
* Tips ini penting bagi mereka yang mensasarkan pengeluaran madu yang hampir konsisten dan optimum setiap bulan (kecuali musim hujan/panas). Akasia adalah sejenis pokok yang boleh di ibaratkan 'booster' kepada semua spesies kelulut khususnya kelulut daripada spesies damar. Pengeluaran nektar daripada celahan daun akasia memastikan kelulut mempunyai sumber nektar yang berpanjangan setiap masa. Tambahan lokasi yang berdekatan dengan sumber damar menjadikan perkembangan kelulut bertambah baik.
Akasia Mangium : spesies pokok yang menghasilkan nektar tanpa musim |
Sebagai rumusan, bagi mereka yang baru mula menternak kelulut daripada spesies damar, mahupun sudah lama menternak tetapi masih tiada hasil madu, silakan cuba beberapa tips di atas. Semua perkongsian adalah berpandukan pengalaman yang ada sehingga kini. Dan perlu diingat, setiap pengalaman mungkin berbeza dan bergantung kepada perubahan situasi. Semuanya bergantung atas pemerhatian masing-masing. Selamat berjaya untuk menternak kelulut damar.
------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------
Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. |
Madu kelulut (damar)
Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar,
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia.
Yakini dan amalkan.
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia.
Yakini dan amalkan.
Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00
"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"
*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,
Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.
------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------