Wednesday, 10 October 2018

KELULUT DAMAR - CORONG KELULUT DAMAR

Assalamualaikum w.b.t.
Setiap kejadian Tuhan itu pasti ada keunikan yang tertentu. Perkara yang sama juga terdapat pada kelulut. Antara keunikan yang ada adalah kepelbagaian bentuk/rupa ciptaan pintu masuk (corong) pada setiap koloni kelulut. Antara cara membezakakan spesies kelulut adalah dengan melihat kepada bentuk/rupa corong sesebuah sarang kelulut. Post kali ini khusus untuk melihatkan perbezaan corong daripada 5 jenis kelulut spesies damar yang mempunyai potensi untuk diusahakan bagi tujuan pengahasilan madu pada kuantiti yang berbaloi. Antaranya : 


1) Tetrigona apicalis
2) Tetrigona binghami
3)Tetrigona melanoleuca
4) Homotrigona fimbriata
5) Homotrigona aliceae

Tetrigona apicalis
Tetrigona apicalis tergolong di antara spesies kelulut yang cukup aktif jika sesebuah koloni itu sihat. Tidak seperti kebanyakan kelulut lain, apicalis kebiasaannya mempunyai satu 'behavior' di mana kelulut pekerja akan selalu menghurung mengawal di hadapan corong. 

Tetrigona binghami
Kelulut damar daripada spesies Tetrigona apicalis dan Tetrigona binghami adalah 2 spesies yang sering menjadi pilihan para penternak kelulut, selain daripada Heterotrigona itama dan Geniotrigona thorasica. T.apicalis dan T.binghami mampu menghasilkan kuantiti madu mencecah 2 kg dalam satu tempoh tertentu. Namun, jenis kelulut ini tidak disarankan diternak di kawasan kampung yang tiada sumber damar. 

Tetrigona melanoleuca

Homotrigona fimbriata
Spesies Homotrigona fimbriata dan aliceae agak sukar untuk dibezakan. Kadang, bentuk corong sahaja tidak cukup untuk membezakan kedua spesies ini. Kantung madunya mungkin yang terbesar jika si bandingkan dengan semua kelulut lain di Malaysia.Mengalahkan Lophotrigona canifrons. Tidak menggigit dan mudah untuk di uruskan. Tetapi penghasilan madu sedikit perlahan berbanding apicalis dan binghami. 

Homotrigona aliceae
Kepelbagaian bentuk dan rupa corong masuk kelulut adalah satu keunikan. Apakah yang ada disebalik keunikan ini? Ayuh fikirkan sejenak ciptaan Tuhan ini. Lihat di mana keperluan dan kesannya di dalam kehidupan seharian.