Wednesday, 17 October 2018

KELULUT - BIAK BAKA (1)

Assalamualaikum w.b.t.
Kali ini, aku tertarik untuk menulis berkaitan pembiakan kelulut atau lebih sinonim dengan istilah biak-baka di kalangan para pengusaha kelulut. Posting ini bukan mengatakan inilah 'procedure' yang betul dan tepat, tetapi lebih kepada sekadar perkongsian untuk memastikan kita sama-sama tahu apa yang kelulut perlukan untuk kita lakukan aktiviti pembiakan kelulut. Berapa ramai yang mengaku sudah berjaya melakukan pembiakan kelulut, dan berapa ramai pula yang berani mengaku pernah gagal dalam perkara yang sama. Pasti jika di hitung, yang gagal adalah lebih banyak daripada yang berjaya. Pengalaman aku mengatakan gagal lebih banyak daripada berjaya. Namun setiap daripada kegagalan itu, aku pelajari apa sebenarnya keperluan dan kekurangan dalam aktiviti pembiakan ini. 

Broodcell kelulut spesies 'Tetrigona binghami'

Rata-rata aku melihat ramai yang baru mula berkecimpung dalam dunia kelulut, sibuk untuk melakukan pembiakan kelulut, tanpa melihat aspek-aspek yang lebih penting sebelum mereka melakukannya. Pada post ini dan post yang akan datang, aku akan huraikan serba sedikit berkaitan aspek-aspek yang 'wajib' disediakan sebelum mula pembiakan kelulut. Secara amnya, masyarakat Malaysia melakukan pembiakan dengan cara 'pecah koloni'.Ada juga yang menggunakan telur ratu, dan bermacam-macam cara lagi. 


Sebelum aku teruskan, biarlah kita sama-sama tahu kepentingan pembiakan kelulut ini. Yang pertama - untuk menjaga kemandirian spesies kelulut yang mana samakin hari semakin banyak koloni yang berisiko di ancam kepupusan akibat kerakusan manusia pada hari ini. Yang kedua - untuk menambah pendapatan samada dengan penjualan koloni secara tidak langsung, ataupun dengan penjualan madu daripada koloni-koloni yang dibiakkan. Yang ketiga- hobi. Dan mungkin ada yang lain, kalian huraikanlah sendiri mengikut kesesuaian masing-masing. Apa yang jauh lebih penting bagaimana hendak menjamin koloni-koloni yang bakal dibiakkan nanti kekal sihat aktif dan mampu menghasilkan pulangan lumayan. 


Broodcell kelulut spesies 'Tetrigona apicalis'

Didalam pembiakan kelulut, amat penting untuk kita 'predict' apa yang sepatutnya berlaku pada tempoh masa tertentu. Seperti contoh, jika gunakan telur ratu, mestilah tahu bila sapatutnya telur tersebut menetas.Jika tidak menetas bagaimana cara untuk membantu koloni. Contoh lain,jika guna sesebuah saiz hive, berapa lama kelulut mampu memenuhkan hive dengan broodcell. Dan bermacam-macam lagi 'prediction' yang perlu ada untuk kita kurangkan risiko kegagalan terhadap koloni. Terdapat beberapa aspek yang aku lihat 'wajib' diambil berat sewaktu proses pembiakan ini. Aku rumuskan 5 aspek yang perlu diketahui untuk berjaya membentuk koloni baru. Untuk melihat kelima-lima aspek ini, kita nantikan posting baru akan datang.


Tetrigona binghami : Broodcell mula memenuhi topping

sambungan pembiakan kelulut...


------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------

Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. 
Madu kelulut (damar)
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan  damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.

Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar, 
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia. 
Yakini dan amalkan.

Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00

"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"

*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,
Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan 
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.

------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------