Monday, 1 October 2018

KELULUT DAMAR - DAMAR DAN GETAH

Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yang diketahui orang ramai, kelulut mungkin boleh di bezakan kepada 2 jenis sumber keperluan asas propolis iaitu damar dan getah. Terpanggil kali ini untuk menulis sedikit perbezaan di antara kelulut yang menggunakan damar dan getah daripada beberapa sudut aspek seperti bentuk fizikal kelulut, struktur tiang kantung madu, struktur kantung madu, pintu masuk (corong) dan rasa madu kelulut itu sendiri. Perkongsian ini adalah daripada pengalaman sendiri menternak beberapa spesies kelulut selama beberapa tahun kebelakangan ini. Semoga bermanfaat buat sesiapa yang membaca.

Sebelum itu, mari kita lihat di mana perbezaan damar dan getah. Istilah damar dan getah yang digunakan mungkin istilah kampung yang hanya aku gunakan. Terpulang pada kalian untuk membezakan mengikut pengalaman masing-masing. Damar adalah sejenis resin yang terhasil daripada lelehan getah pokok daripada kumpulan dipterokarpa (pokok hutan seperti pokok cengal, meranti dan keruing) yang mana kebiasaan usianya mencecah puluhan tahun. Semakin tua pokok tersebut, semakin banyak damar yang terhasil. Damar yang terhasil di pokok pada awalnya lembut, dan akan mengeras seperti kristal. Manakala pokok yang menghasilkan getah (resin lembut) adalah pokok yang biasa di tanam di kawasan kampung seperti pokok getah, manggis, pelam, nangka, dan cempedak. Lelehan getah dari pokok ini akan diambil oleh kelulut dan digunakan sebagai struktur asas di dalam pembinaan sarang kelulut. 


Damar dan getah sebagai asas pembinaan struktur sarang kelulut

Setelah ketahui perbezaan jenis propolis iaitu damar dan getah, jom kita pergi pula kepada perbezaan pada beberapa aspek yang boleh membezakan kelulut itu menggunakan damar atau getah sebagai sumber asas pembinaan struktur dalaman sesebuah koloni kelulut.

1) Bentuk fizikal kelulut
Secara umum nya kelulut yang memerlukan damar sebagai keperluan utama mempunyai sayap berwarna putih di bahagian hujung sayapnya. Ini adalah ciri ketara pada kebanyakan spesies kelulut damar. Manakala kelulut yang memerlukan getah kebiasannya, tidak mempunyai perbezaan warna putih dan hitam pada bahagian hujung sayapnya. Hanya satu warna sahaja lazimnya hitam.

Perbezaan warna ketara pada bahagian hujup sayap kelulut

2) Struktur tiang kantung madu
Struktur tiang pada kelulut damar kebiasaannya keras dan rapuh menegak. Struktur inilah yang akan dibina dan digunakan sebagai asas untuk membina kantung madu pada sekeliling tiang. Kebiasaannya struktur ini akan dibina dari atas ke bawah lantai topping. Berbeza dengan jenis getah kebiasaan bentuknya seperti kerawang labah-labah yang akan terhasil bermula dari tapak ke atas topping.

Struktur tiang kelulut spesies damar (tegak,keras dan rapuh).

3) Struktur kantung madu
Struktur kantung madu kelulut damar kebiasaannya keras dan sangat rapuh. Berbeza dengan spesies yang menggunakan getah, kantungnya lebih lembut dan tahan lasak. Keistimewaan ini lah yang mewujudkan ciri-ciri khusus keistimewaaan madu yang dihasilkan oleh kelulut spesies damar.

Kantung madu kelulut damar : Tetrigona binghami (anggaran madu 2.0 kg)

4) Warna,rasa dan kelikatan madu
Madu kelulut damar kebiasaannya jauh lebih cair kepekatannya berbanding kelulut yang menggunakan getah. Kandungan air yang lebih banyak di dalam madu kelulut damar menjadikan tekstur madu ini istimewa dan lebih sedap apabila di minum. Semakin cair madu itu, lazimnya semakin manis. Kebiasaannya madu damar ini lebih masam berbanding daripada madu daripada spesies getah seperti spesies H.itama. 

Pembungkusan madu kelulut damar : T.binghami , 200g/botol

------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------

Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. 
Madu kelulut (damar)
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan  damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.

Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar, 
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia. 
Yakini dan amalkan.


Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00

"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"

*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,

Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan 
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.


------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------