Sunday, 14 October 2018

KELULUT DAMAR - DOUBLE TAPE MENGGANTIKAN PROPOLIS

Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai seorang pengusaha madu kelulut, pasti tidak akan terlepas daripada melakukan pemasangan topping. Ini adalah permulaan untuk memulakan penternakan kelulut. Boleh di katakan, pemasangan topping ini antara proses yang kritikal untuk memastikan kelulut terus hidup dan terus menghasilkan madu yang banyak. Kali ini, aku rasa perlunya untuk 'highlight' satu perkara penting iaitu penggunaan propolis sebagai melekat antara permukaan kayu topping dengan plastik. Sudah lama aku perhatikan mereka-mereka yang memasang topping tidak kira individu, kumpulan mahupun badan-badan persatuan tertentu. Seolah-olah penggunaan propolis ini sudah menjadi satu SOP (standard of procedure). Tetapi, tahukah penggunaan propolis ini akan mengundang masalah pada masa akan datang jika tidak di selenggarakan dengan betul. Khususnya apabila digunakan untuk topping spesies Heterotrigona itama dan Geniotrigona thorasica.

Kebiasaan pengusaha kelulut menggunakan propolis sebagai pelekat plastik topping

Penggunaan propolis secara tidak langsung akan mengundang kupu-kupu lilin untuk bertelur di kawasan luar sekeliling propolis yang tidak diselenggarakan kelulut. Lebih malang jika lalat bsf (black soldier fly) juga berkemungkinan bertelur di permukaan yang sama. Situasi inilah yang akan menyebabkan koloni mati secara perlahan-lahan. Telur akan menetas, larva lalat akan memakan beebread dan madu, Kelulut akan kekurangan sumber makanan utama (beebread) yang digunakan untuk penghasilan anak yang baru. Maka, sesebuah koloni itu akan pupus hari demi hari. 

Double tap meggantikan penggunaan propolis untuk melekatkan plastik topping

Sebenarnya, masalah ini mampu di atasi daripada awal proses pemasangan topping. Pengunaan double tape untuk menggantikan propolis adalah lebih praktikal dan akan mengurangkan peratusan serangan serangga lain khususnya kupu-kupu lilin dan bsf terhadap koloni kelulut. Selain daripada permukaan sekeliling topping yang bersih, plastik topping juga akan sentiasa tegang. Seeloknya gunalah double tape yang mencengkam kedua-dua permukaan kayu dan plastik. Elakkan pengunaan double tape yang boleh mengoyakkan plastik apabila plastik dibuka kelak. Dan paling penting, semut sukar untuk masuk ke dalam topping dalam tempoh 24 jam awal selepas memasang topping. Inilah yang diperlukan untuk memastikan koloni anda sihat dan berkembang dengan baik.

'Double tape' digunakan pada hive kelulut

Jadi, pilihlah. Propolis atau double tape? Keputusan bijak, menjamin keharmonian kelulut. Kepada badan-badan persatuan NGO diluar sana, lihatlah semula SOP tertentu untuk menggantikan penggunaan propolis. Tidak salah melakukan sedikit perubahan, untuk mendidik masyarakat apa yang sepatutnya dilakukan. Namun apa yang lebih penting, adalah kesedaran. Aku memilih untuk menggunakan double tape. Kalian? Terserah. 



------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------

Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. 
Madu kelulut (damar)
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan  damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.

Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar, 
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia. 
Yakini dan amalkan.


Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00

"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"

*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,
Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan 
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.

------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------