Assalamualaikum w.b.t.
Tetrigona binghami adalah antara spesies kelulut yang menjadi pilihan aku. Jinak dan mudah di uruskan antara sebab kenapa aku memilih spesies ini untuk diternak. Kalau dulu, aku tiada pengalaman, semua log dipasang dengan topping yang terus dipaku ke kayu log. Pada mulanya kelulut aktif, madunya banyak dan menggembirakan. Namun bila sampai masa hendak menambahbaik koloni, aku menyesal sebab koloni damar alah dengan 'gegaran'. Topping yang lama perlu dibuka dan di ganti dengan topping yang baru. Kesemua struktur kantung madu dan beebread hancur dan tidak boleh digunakan kembali. Daripada situlah aku melihat, perlunya topping yang 'mudah alih'. Topping yang mana boleh di bawa kemana sahaja, samada untuk menyedut madu, untuk penyelengaaran dan berbagai lagi, khususnya untuk pembakaan kelulut. Apa yang dimaksudkan dengan topping 'mudah alih' mestilah merangkumi 3 perkara. Mudah diganti atau cabut, tidak meretakkan kantung madu apatah lagi memecahkannya, dan mudah di bawa ke sana dan ke sini.
Langkah 1 : Alas topping diletakkan di permukaan log yang telah dipotong |
Ini adalah cerita melalui pengalaman. Jika ingin ambil iktibar,silakan. Jika tidak, teruskan dengan cara penternakan masing-masing. Apa yang aku lalui, cukup mengajar aku untuk lebih 'efisien' dalam pengurusan ternakan kelulut selain daripada menjamin keharmonian koloni kelulut itu sendiri, khususnya koloni daripada spesies Tetrigona binghami dan Tetrigona apicalis. Jadi mungkin boleh lebihkan perhatian sekiranya kalian penternak kelulut spesies damar.
Ramai yang mula menternak kelulut damar tertanya-tanya bagaimana cara menternak yang betul.Aku tidak katakan apa yang aku beritahu ini cara yang 'betul' tetapi cukup aku katakan cara ini adalah lebih baik daripada cara yang kebiasaannya pengusaha kelulut lakukan pada ketika ini .Mungkin terbiasa dengan apa yang telah diajar oleh orang ramai. Apa salahnya kita tukar sedikit cara penternakan kita yang baru, mungkin ada baik dan mungkin ada yang tidak baiknya dan boleh ditambahbaik kemudian hari.
Langkah 2 : Letak topping diatas alas dan biarkan sehingga topping penuh |
Koloni daripada spesies damar lebih sensitif berbanding spesies getah seperti Itama dan Thorasica. Struktur kantung yang keras memberikan risiko yang tinggi seawal pokok asal ditebang dari dalam hutan. Pokok yang tersembam jatuh ke bumi akan berisiko mengalami hentakan kuat dan mengakibatkan struktur kantung madu dalaman pecah dan kelulut kehilangan bekalan madu dalam masa yang singkat. Selain itu, potongan pada paras broodcell kelulut adalah kebiasaan yang dilakukan pengusaha untuk kelulut cepat naik membuat madu di dalam topping. Situasi inilah yang menyebabkan 'perlunya' ada bekalan makanan khas yang digunakan untuk menggantikan struktur dalaman yang pecah dan rosak tadi. Kalau dah nama 'bekalan makanan khas', jangan mengada hendak ambil isinya kemudian hari. Ruangan ini khas untuk kegunaan kelulut sahaja. Jika bertuah, naik la telur di dalamnya.
Langkah 3 : Letak kotak simpanan makanan kosong di atas alas topping |
Langkah 4 : Letakkan topping diatas kotak simpanan makanan |
Langkah 5 : Langkah ini memerlukan sedikit kesabaran. Koloni yang telah dipasang dengan kotak simpanan makanan perlulah di biarkan di dalam suatu tempoh masa tertentu (2-3 bulan) supaya kelulut dapat menyediakan simpanan makanan (beebread + madu) di dalamnya. Pemeriksaan berkala (2 minggu sekali) perlu dilakukan untuk memastikan kelulut memenuhkan ruangan kotak simpanan. Perlu diingat, 'jangan pernah' usik madu di topping sehingga kotak simpanan penuh.
Langakh 6 : TUAI MADU! Kini tiba masanya yang ditunggu, tuailah madu sebanyak mungkin di dalam topping. Ambillah dengan berpatutan, namun tidak salah jika ingin ambil kesemuanya. Sebaik-baiknya berlaku ihsanlah sedikit kepada koloni kelulut.
TIPS TAMBAHAN : Apa terjadi jika telah tiba masanya untuk menukar topping yang baru? Tidak kisahlah samada topping yang sudah penuh tadi digunakan untuk perkara lain, ataupun sudah usang dan perlu ditukar. Disinilah keperluan topping yang mudah dialihkan. Tukar sahaja topping lama dengan yang baru, 'plug in' sahaja memadai. Mudah kan? Tapi bagaiman pula kalau kelulut susah untuk naik ke atas topping untuk membuat madu? Jawapannya : Terbalikkan kedudukan kotak simpanan makanan dan topping. Letakkan topping di bahagian sama seperti langkah 2, kemudian letakkan 'styrofoam' berlubang tengah di permukaan atas topping dan tindihkan dengan kotak simpanan makanan. Tutup bahagian atas kotak simpanan tadi.
Pasti ada yang tertanya-tanya tentang bulatan di atas kan? Tunggu pencerahan akan datang, InshaAllah. Apa fungsi dan kebaikannya akan aku huraikan untuk kebaikan bersama. Sekali lagi aku tegaskan, jika kalian rasa perkara ini baik, silalah ikuti. Jika sebaliknya, terserah pada keputusan individu. Sebagai seorang pengusaha kelulut, aku melihat ini antara cara untuk membantu koloni terus berkembang dan sihat. Koloni yang sihat akan menghasilkan madu dan koloni lain yang sihat. Tipsnya pada biak-baka kelulut adalah topping mudahalih. Sama-sama kita nantikan huraian akan datang.
Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. |
Madu kelulut (damar)
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.
Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar,
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia.
Yakini dan amalkan.
Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00
"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"
*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,
Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.
------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------