Saturday, 13 October 2018

DIARI KELULUT (1)


Assalamualaikum w.b.t.
September 2015 - Bulan dan tahun yang kekal di dalam ingatan bermulanya aku mengenali dunia penternakan kelulut. Bermula dengan hanya sebuah koloni daripada spesies Heterotrigona itama, itulah titik mula aku berkenalan dengan ramai pengusaha madu kelulut. Sungguh hebat  Pencipta serangga ini. Pada mulanya aku dan isteri teragak-agak untuk membeli koloni kelulut yang ditawarkan seorang penjual dari Pontian, Johor. Namun atas faktor ingin mencuba, aku dan isteri bersetuju untuk membeli sebuah koloni yang berharga RM450 (Heterotrigona itama). Koloni ini sihat, cukup aktif dan aku yakin daripada koloni ini, aku dapat belajar bermacam-macam berkaitan kelulut. Ketika itu, aku menyewa di sebuah rumah di kawasan perumahan Kulaijaya. Masih teringat sebuah diari khas aku buat untuk memantau koloni yang di beli setiap malam. Hampir semua yang berlaku aku catatkan. Senang, sebab koloni di depan rumah, setiap malam kena teropong. Kelulut punya pasal.

Rupa-rupanya, itulah permulaan untuk semua perkara. Daripada situlah aku mengenali ramai kawan-kawan yang sebelum ini aku tidak kenal. Daripada situlah aku belajar menghayati hutan yang dulunya aku tidak langsung hiraukan. Daripada situ jugalah aku mula beranikan diri bergaul dan biasakan diri dengan komuniti orang asli yang dulunya aku tidak ambil kisah. Dan tidak ketinggalan, dari situ jugalah aku mula belajar 'hidup ini tidak mudah'. Sekali lagi, sungguh hebat ciptaan Tuhan ini.


Kantung madu dan beebread kelulut Tetrigona binghami

Biarlah mereka di luar sana sibuk mengejar dan fokus pada kerjaya masing-masing, tetapi aku memilih untuk menjadi seorang pengusaha kelulut. Bukan aku tidak punya kerja tetap, ada, tetapi sebagai seorang jurutera yang gajinya tidak seberapa, kadang kala terfikir juga untuk dapatkan wang lebih. Mungkin ini caranya. Lebih-lebih lagi aku memang lebih cenderung kepada perkara-perkara yang melibatkan haiwan. Kalau dahulu, aku ternak ikan kelisa, tapi aku tidak nampak apa faedahnya, tetapi sekarang aku ternak kelulut. Paling kurang pun, aku dapat sedikit madunya untuk dimakan sendiri dan keluarga. Syukur.

Susunan kantung madu kelulut yang cukup rapi dan tersusun

Dulu, agak sukar untuk mendapatkan info berkaitan kelulut. Aku tidak ramai kenalan yang banyak pengalaman aku boleh curi dalam penternakan kelulut. Jadi aku terpaksa belajar sendiri mengenali serangga kecil ini. Lebih puluhan atau mungkin hampir cecah seratus koloni aku sia-siakan untuk belajar mengenali kelulut. Satu perkara yang agak aku kesalkan, dan aku tidak mahu ini berlaku pada orang lain, kerana ini akan membuatkan banyak koloni kelulut pupus. Bayangkan setiap orang mencuba, pasti ratusan atau ribuan koloni akhirnya akan berakhir dengan kepupusan hanya sebab ingin mencuba. Jadi, aku memilih untuk mempunyai prinsip, 'ambil pengalaman orang lain dengan bertanya, dan terus bertanya'. Itulah jalan pintas untuk mengenali kelulut, dan jalan pintas untuk belajar lebih maju kehadapan.

Pengalaman aku bermula dengan spesies Heterotrigona itama, tapi kini aku lebih cenderung kepada spesies damar atas sebab-sebab tertentu. Bukan satu atau dua 'plot' yang aku buka, bukan satu atau dua kampung orang asli yang aku masuk. Dan bukan satu atau dua kali aku gagal, tidak terkira kalinya aku gagal. Semuanya berbekalkan kudrat untuk aku teruskan. Sebab aku kuat mengatakan 'masih ada sinar dalam industri kelulut'. Pada aku industri kelulut tidak sama seperti industri penternakan yang lain. Jauh berbeza.

sambungan diari kelulut...

------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------

Madu kelulut damar yang siap dibungkus untuk tempahan. 
Madu kelulut (damar)
Madu yang di hasilkan daripada spesies kelulut damar yang hanya menggunakan damar sebagai sumber binaan struktur kantung madu. Kawasan ternakan yang berhampiran hutan dipterokarpa dan hutan akasia menjadi pilihan kami untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti. Antara spesies yang di ternak adalah seperti T.apicalis, T.binghami, dan H.fimbriata, Ciri-ciri madu yang cair dan masam-manis (lebih kepada masam) menjanjikan kelainan pada rasa madu buat para penggemar madu kelulut di luar sana.Madu damar juga sinonim untuk digunakn bagi melegakan sakit demam dan batuk. Selain itu, madu damar ini juga di katakan mujarab untuk mengubati luka-luka kritikal khususnya seperti luka akibat kencing manis dan luka kemalangan teruk. Madu damar dikenali sebagai madu 'premium' dikalangan penternak kelulut kerana keistimewaan penggunaan  damar yang tidak digunakan oleh spesies-spesies kelulut lain. Inilah keistimewaan 'madu damar'.

Jika terdapat sebarang permintaan atau tempahan madu kelulut spesies damar, 
hubungi kami di whatsapp 017-7524454. Madu adalah penawar untuk manusia. 
Yakini dan amalkan.

Harga 'madu damar'
200g = RM 80.00
400g = RM 150.00
900g = RM 320.00

"KEASLIAN MADU ADALAH JAMINAN KAMI"

*penghantaran COD sekitar kawasan Johor Bharu (Tampoi, Kempas,
Pasir Gudang, Kulai, Kluang, Nusajaya) turut disediakan berpatutan 
dengan cas penghantaran tertentu yang ditetapkan.
*sebarang tempahan dari daerah Mersing, Rompin, Pekan, dan Kuantan
juga kami diterima. Penghantaran tertakluk kepada jadual perjalanan.

------------------------------TEMPAHAN MADU KELULUT------------------------------